Tuesday, March 25, 2014

Dari Dia Kita Datang, Dari Dia Kita Pulang #MH370


Satu dunia telah digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 & malam tadi PM telah mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi..siapa kita untuk halang semua ni berlaku..Ini semua perancangan Nya..kita hambanya hanya mampu berdoa semoga semua yang terlibat dilindungiNya..

Buat semua rakan rakan kat luar sana, tak perlulah kita buat spekulasi, tak perlu kita lempar kata kata yang tak elok, tak perlu kita tuduh sesiapa, tak perlu kita fitnah anak kapal ataupun penumpang & jangan kita tambah kesedihan keluarga mangsa..

BERAT MATA MEMANDANG,  BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Aku tau ramai yang masih mengharap semua mangsa selamat..ye aku pon macam tu..selagi kita belum temui  bukti mereka telah tiada selagi tu kita akan berdoa agar mereka selamat & dilindungi..

untuk semua ahli keluarga mangsa, semoga kalian tabah & kuat..ini semua ujianNya..
untuk keluarga kapten & co-pilot, semoga kalian tabah & kuat hadapi ujian..kami tahu mereka tidak bersalah, tetapi mereka telah usaha yang terbaik..



Salam Takziah



2 comments: