Saturday, July 20, 2013

Puasa Day 11- Nasi Hujan Panas Bersama Ayam Masak Merah

Alhamdulillah kejap je dah puasa yang ke 11 kan..macam cepat je tahun ni..tahun ni puasa tak terasa letih sangat sebab cuaca pun elok je..kalau kecik2 dulu cuaca elok ke tak ke, pukul4-5pm tu confirm dah guling2 kat dapur..kekeke..

Harini aku masak..boring la pulak kan kalau pergi bazar..so harini bersilat la aku kat dapur..Menu untuk harini Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng & Sayur Bendi Goreng..simple but nice..wah matilah puji masakan sendiri nice...

RESEPI NASI HUJAN PANAS 

Bahan-bahan

serai, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala..
kuantiti ikut suka..aku guna sikit je sebab hubby tak berapa suka rasa yang kuat..

halia, bawang putih & bawang besar

pewarna yang dibenarkan
actually nak beli merah dengan hijau tapi macam mane ntah terambik kuning..
haih..mungkin effect puasa..hahaha

minyak sapi

beras

air

susu cair 

Cara-cara

panaskan minyak sapi

tumis bawang putih, bawang merah, halia..
kalau nak blend boleh, taknak pon boleh

masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala..
tumis sampai wangi

then masukkan beras, kacau beras dengan bahan2 tadi

masukkan air..kuantiti air mesti sebati dengan beras


masukkan susu cair

masukkan garam secukup rasa, kacau

biar mendidih..

dah mendidih, tutup periuk biarkan nasi masak

yeah nasi dah masak..now time untuk letak pewarna..letak tompok2 

kacau biar pewarna sebati


nasi hujan panas saya

inilah juadah buka puasa harini
simple tapi SOOODAAP
puji diri sendiri lagi
Lariii!!!!





No comments:

Post a Comment