Wednesday, April 18, 2012

Petua Hilangkan Parut

Hi!!
Lama rasanya tak update pasal petua-petua..harini sebab very very free so gagahkan diri ni untuk update blog..lama jugak tak update blog..winduuuu kat blog kita ni..hehe..
Eh macam lari jauh dari tajuk kan..
ok back to the topic, uolls mesti selalu dengar orang cakap macam ni..'ada parut?abisla..kurang duit hantaran' hehehe seram tak..yang tak kawen lagi, beware!hahaha juz joke je okey..tak kira la kalau parut sana sini, tapi kalau hati dah terpaut dan dah tetap jodohnya, kawen jugak kan kan..
Harini aku nak share petua hilangkan parut..mana tau membantu..

Petua 1: Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa, then ramas asam jawa tersebut dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Lagi bagus lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah, berkesan untuk menghilangkan parut.


Petua 2 : Ubat Gigi
Sapukan sebarang ubat gigi di kawasan yang berparut.


Petua 3 : Kulit Kayu Manis
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.


Petua 4 : Beras
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan  seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.


Petua 5 : Lidah Buaya
Sapukan lendir lidah buaya di kawasan yang berparut sebelum tidur.Biarkan semalaman..Bilas dengan air suam pada keesokkan hari nya..




selamat mencuba








7 comments: