Thursday, February 2, 2012

Tom Yam Campur


Last week balik Perlis. Sempat gak pergi jalan-jalan Padang Besar..Selalu balik, tapi jarang pergi shopping situ..Haritu hubby cakap nak beli perencah tom yam..
So, kitorang pergilah beli..

Tada!!ni la dia perencah tom yam cap udang..memang keluaran Siam tapi Halal..
So rembat 1..


Semalam aku try buat..OMG!!menjadi okey..hahaha over kan..bolehla..terasa gak la macam tom yam kat kedai-kedai seafood tu hah..selalu buat mesti rasa macam biasa je..tapi ni lain tau..
Nak tau tak macam mana buat dia??

RESEPI TOMYAM CAMPUR

Bahan-Bahan :

1. Perencah Tom Yam Udang (Jenama di atas ye, jenama lain tak tau la rasa tak)

2. Bawang Besar (Hiris)

3. Cili Basah Merah (Hiris)

4. Jagung comel (Hiris)


5. Serai

6. Limau Kasturi/Nipis (Airnya)

7. Daun Limau

8. Lobak (Boleh je letak sayur ikut selera)

9. Cili Padi


10. Sotong, Daging, Udang (Ikut suka)

11. Susu Cair

12. Garam


Cara- Cara :

1. Panaskan air dalam periuk

2. Masukkan perencah tomyam 3-4sudu (nak pedas tambah lagi).Kacau..

3. Masukkan serai dan daun limau

4. Perahkan air limau dan tambah garam secukup rasa

5. Masukkan bawang dan cili merah, cili padi

6. Masukkan sayur-sayuran tadi

7. Dah mendidih masukkan udang, sotong daging



Dah siap!!


cair

tapi sebenarnya dalam pic tak siap lagi..sebab lupa nak masukkan susu cair..dah masuk mangkuk baru perasan cair..masuk balik dalam periuk..hehehehe

Lastly masukkan susu cair, so kuah akan jadi pekat..

Confirm sedap

Terasa diri begitu beharga bila suami cakap sedap#lariiii#

-Juara Masterchef Musim Ke2-

4 comments:

  1. Tom yam campur.. nyummy2..
    nampak sedap..
    Yang penting suami puji.. :P

    ReplyDelete
  2. alamak, malu je..mcm puji diri sendiri pulak..hehe..act perencah siam tu yg sedap

    ReplyDelete
  3. tomyam thai mmg best..bru je mkn td..hehe..sy bru follow ur blog..klau sudi sggah la blog sy then follow..blh share byk cerita (^_^)

    ReplyDelete
  4. suami suka mkn mkanan mskan bini...jd msk la slalu utk suami tercinta ok???hehehe

    =)

    ReplyDelete