Tuesday, August 31, 2010

Happy Anniversary & Merdeka!!!



Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!!

wah sakit tekak i okey menjerit Merdeka..hari ni 31 Ogos 2010..SELAMAT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA...merdeka merdeka jugak,pose jangan tinggal ye..yehaaa!


Before dat, nak wish Hepi Anniversary untuk  my hubby..Semalam genapla 2tahun 7bulan percintaan kitorang aauww jiwang akak..to my love 

HAPPY ANNIVERSARY MY MAN!! 
THANK YOU FOR ALL THAT YOU HAVE DONE AND BEING THE VERY SPECIAL MAN YOU ARE...
MySpace  Graphics



Friday, August 27, 2010

Miss my memoriessssss....

aku rindu kenangan masa sekolah dulu..rindu kawan2 semua..n salah 1 nya, rindu kat atas ni..yup aku memang rindu kat kumpulan nasyid aku dulu..tapi video kat atas ni aku xda sebab masa tu dah pencen dari nasyid..wakaka..try gak cari video masa aku join (2002), tapi xda..aku masuk nasyid dari form1 till form3.tu pun separuh bulan je,konon2 nak fokus gile kat PMR..hahaha gelak je pk..suara ni xda la best mana pun..biase je tapi sedap gak hahaha..dulu aku sekolah kat SHARODZ..tau?xtau diam je..sekolah agama n sumenye girl..seronok sangat masa join nasyid ni..glamor tau hahaha..yang bestnye nasyid ni, dapat selalu jalan2..masa form1 dulu (2001) ,kitorang jadi juara nasyid anti dadah peringkat negeri Melaka..so kitorang bawa nama Melaka ke Perak untuk peringkat kebangsaan..tapi kalah..dapat no4 or 5 kalau xsilap..then next year (2002), menang n bawa nama Melaka ke peringkat kebangsaan kat Shah Alam..n masa ni la kitorang juara.macam2 dapat..memang syok la..dapat tido kat hotel 4 bintang (over je aku), pastu dapat makan kat hotel..yang paling best bukan sekolah je bagi duit poket, tapi Kementerian Pendidikan Negeri pun bagi duit poket..masyookkk!!!
kitorang penah gak wat pesembahan kat Penang..Kalau x silap masa tu, penang buat sambutan hari merdeka..diorang x buat huha huha masa tu, tapi malam tu ada ceramah agama..so kitorang di jemput..masuk berita tv1 tau..mak abah aku cakap..rindu kat nadrah,ain,kak ajue,kak ija,kak aisyah,kak lela,kak yana,kak fiza..hmm sape lagi ye..sume la..sape ada video kitorang masa 2002..plezz nak tengok..kepada super junior ke,xsuper junior ke,kekalkan juara nasyid okey!!semangat assabiyah..hehehe


jumpa blog member baik kat Sharodz..


psss..buah hati bagitau,dia dah sediakan duit raya..
dah bank in RM2**..wow syoknye raya!!hehehe..

Wednesday, August 25, 2010

Kekanda Adinda

Penah tengok drama 8bulan kat tv3 x?vanida n shidi berlakon..cerita ni sweet sangat..pasal kehidupan suami isteri yang baru kawin..then pangkat si isteri lebih tinggi dari suami..biasala kehidupan rumah tangga yang baru lagi..maybe kewangan xberapa stabil lagi..tapi dah kawin xkan kau nak dduk rumah mak kot..mestila nak ada rumah sendiri n privacy rite..baru je naik pangkat dah disahkan pregnant..nak nangis kau..hehe..dapat pulak bos yang xberapa suka dengan staff yang pregnant sebab nnt banyak cuti..diorang gi dapatkan khidmat kewangan..pastu???tengokla sendiri hehe..



actually aku suka lagu tema cerita ni..nyanyian Atilia & Monoloque..


Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera,
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
tapi Kanda mahu cahaya mata,
 Dinda belum bersedia,
 Kanda dah beria ria,
Jadi yg mana satu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta
 oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Kanda kerja overtime, terlebih masa,
Itu yg Dinda harus berwaspada,
Ini smua demi masa depan keluarga,
dengan Dinda atau sebaliknya?
Kanda kerja malam,
Dinda kerja siang,
 Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

 Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
 Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Walau kita sering dgn cara masing2,
Kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama,
Kanda sgalaNya..
Dindalah Nyawa,

 kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

Hangat Hari Raya Dah Terasa!!

yuhuu!!

harini dah 15 pose..pose x uolls?ke dah cuti 2hari?hehehe..harini pagi2 i dah dengar lagu raya kat radio..oh beshnyee..pastu myhubby call suruh buka salam raya kat utusan online..aku pun buka la..ewahewah ala canggung...


muka akak ada okey..haha teruja disitu ye uolls..


rupa2nye myhubby hantar salam raya online kat sape lagi kalau bukan i...hehehe..

tara..close up baikk punya..
clear kan nampak muka kami..hehehe
tq my hubby..suka sangat..

" Keredhaan Allah, restu keluarga dan perasaan kasih sayang  tunjang kekuatan hubungan kita.Moga ikatan cinta ini terus bersemi selamanya"

Amiiin...suka i baca ape myhubby tulis ni..

yup, lupa pulak, Insyaallah kalau xda halangan 25 September 2010 ni kitorang akan bertunang..jemput la datang rumah ye..hehe..tema black&red..xsabar nak tunggu hari tu..n after that bergelar la tunang kepada hubby..



~ aduss xbagi lagi kad raya kat buah hati..
  mn x nye,keluar pi shopping pun x lagi..



Friday, August 20, 2010

Dapat Kad Raya

Morning semua..


Semalam aku balik keja tengok2 ada sampul pos ekspres..teruja n melompat lebih tinggi tengok nama aku penerima n yang hantar xlain xbukan lagi..MYHUBBY..he sent me KAD RAYA yang sangat sweet..TQ dear..



sampul nyaaa...

tara!!ni kad nye..macam kad kawin plak..

unik kad ni..dalam kad ada kad lagi..


ehem ehem..baca ayat kad ni pun dah tau..yup, my dear = very romantic hubby..


nampaknye kena cari kad yang kiut macamni gak..hehe 

Innalillah....

"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis"

Pagi ni, makcik aku call mymom..dia cakap salah sorang adik beradik dia meninggal dunia..I'm not sure, adik or abang dia..Sedih sangat bila dengar mak cite dia meninggal masa anak n isteri kejutkan bangun sahur..even aku xkenal pakcik tu,tapi sebagai manusia yang ada perasaan,mesti akan rasa sedih..lagi2 sekarang ni kita semua tengah sibuk berpuasa n x lama lagi nak sambut syawal..Kepada arwah, Al-Fatihah..Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi..Amiiin..
Semalam pun kat area rumah aku ada orang meninggal gak..orang kata bila dah mula, akan muncul yang lain2 gak..itu aku x sure..tapi kita ni menumpang je..mana tau esok lusa kita pulak yang 'pergi'..so hargaila masa yang ada ni, hargai diri kita n hargai orang yang kita sayang..jangan bila dah xda baru kita menyesal..


ops..lupa pulak,kata2 hikmah kat atas nun, aku pinjam dari KATA-KATA MUTIARA..

Thursday, August 19, 2010

Iklan Rokok Paling Best


hahaha..menangis air mata darah aku tengok iklan ni (tipu je)..sumpah best iklan ni..wah over pulak aku..tapi nape ye iklan ni xda kat Malaysia..rasa2nye la,kalau ada bekesan x?hehehe..lawak iklan ni..tapi sangat baguz..merokok tu tak elok untuk kesihatan badan..bukan untuk badan je, tapi family n anak2 pun tau..syukur sangat2 myhubbybucuk2 x merokok..semua dalam family aku x merokok(abah, myhubby n abg ipar sume bebas dari rokok~yeay!!)


pic by google

Letih..

Tak tau kenapa harini letih sangat..maybe still xckup tido..tapi bile leh cukup tido ni..waduh2..but harini memang sangat2 letih, penat n segala macam la..harini kat ofis macam biase sambung buat payroll..baru buat 20minit dah letih tahap panda..muka pun dah macam panda lagi2 tang mata hitam macam ambik celak avon yang pekat tu then tonyoh kat mata.tonyoh tu ape?pape je la..then semangat ckit bila ofismate ajak pergi seng heng nak beli barang elektrik..before that singgah kat shell untuk keluarkan duit n ofismate pun nak print penyata bank..tapi x tau kenapa harini sume CIMB bank buat perangai..then terus tak bersemangat bile x dapat keluarkan duit..oh duniaaaaa...after that balik ke ofis dan kembali tidak bersemangat waja..macam mana nak jadi pekerja cemerlang ni?emmm..sambung buat payroll..ngantuk sangat tapi kuatkan tenaga,iman n jerit kuat2..SEMANGAT!!terus sambung buat payroll sampai siap..yahoooo keja dah siap..pastu tengok jam dah pukul430..harus semakin bersemangat sebab nak balik ke rumah untuk menjamu selera..singgah bazar ramadhan untuk beli juadah yang dianggap best..nak beli ayam golek separuh tapi dia cakap xjual separuh..malas nak ckp banyak then blah je terus pergi kat ayam percik..nampak sedap then rembat 3ketul.nyam nyam..sekarang baru lepas buka pose..harini buah hati makan luar..jeles..nak makan luar gak.nak buka sama gak..tapi tak pe..mana tau next year dah boleh buka sama2..hikhik..lepas makan kenyang, akak bukak laptop,curi time jap buka blog untuk naip pape..sekarang dah sgt ngantuk n letih..aduuhh..nak tido la..bye..


Budak Kecik Kena Patuk Ular??

KASIH IBU...Nor Amali memujuk anaknya, Ahmad Asri yang terlantar.\
Sedih tengok keadaan adik ni.. Nama adik ni Ahmad Asri Mohd Indra Suadi , umur baru 2tahun..Asri kena patuk ular kat kepala. Masa tu dia tengah main2 kat dalam bilik belakang rumah neneknya.

KANGAR: Keajaiban pernah berlaku ke atas Ahmad Asri Mohd Indra Suadi apabila jantungnya berdegup semula selepas terhenti beberapa minit akibat komplikasi dipatuk ular tedung selar di kepalanya.
Malangnya, keajaiban ‘mati hidup semula’ itu tidak kekal lama kerana selepas kejadian pada 26 Mei lalu, kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan mengalami kecacatan kekal apabila sebahagian besar otot tubuhnya menjadi kejang dan kaku.

Ahmad Asri yang juga anak yatim selepas kematian bapa ketika berusia empat bulan, kini terlantar di atas tilam di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Beseri, dekat sini.

Ibunya, Nor Amali Ahmad, 27, berkata Ahmad Asri dipatuk ular ketika bermain seorang diri di sebuah bilik belakang rumah neneknya yang tidak jauh dari rumahnya.

“Saya menyedari kejadian itu selepas dia menangis dan mendapati kepalanya berdarah. Namun, ketika itu saya dan ahli keluarga tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Melihatkan keadaannya makin tidak bermaya, saya mendapat bantuan sepupu menghantar Ahmad Asri ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan dalam perjalanan ke hospital, degupan jantungnya berhenti beberapa minit hingga menyebabkan saya menyangka dia sudah meninggal dunia.

“Tetapi, dengan kuasa Allah, jantungnya berdenyut semula. Selepas tiba di hospital baru kami tahu dia dipatuk tedung selar, namun sejak hari itu dia koma sebulan di hospital,” katanya.

Nor Amali berkata, biarpun sudah sedar daripada koma pada penghujung Jun lalu, keadaan Ahmad Asri tidak pulih seperti sedia kala, sebaliknya dia hanya terbaring kerana sebahagian besar otot tubuhnya kejang.
Lebih memilukan, kesan patukan ular tedung itu menyebabkan sel kulit kepalanya mati hingga mewujudkan lubang bersaiz kecil dan ia perlu ditutup dengan pembalut bagi mengelak jangkitan kuman.

Kata Nor Amali, lubang pada kulit kepala anak bongsu daripada tiga beradik itu perlu dicuci setiap hari dan kanak-kanak berkenaan tidak mampu memamah makanan pejal, sebaliknya bergantung sejenis susu khas.

“Saya berhenti kerja sebagai pembantu kedai untuk memberi tumpuan sepenuhnya kerana anak saya kerap mengalami kekejangan otot dan doktor mengesahkan penyakit itu akan berkekalan sehingga dewasa,” katanya.

Menurutnya, Ahmad Asri hanya boleh mengambil susu berharga RM29 setin yang disalurkan ke tubuh menggunakan tiub dan keluarganya terpaksa membelanjakan lebih RM500 sebulan untuk kelengkapan termasuk membeli tujuh tin susu jenis sebulan, lampin pakai buang susu dan ubatan lain.

“Tangan dan kaki anak saya sering kekejangan dan bergetar. Anak saya tidak mampu menjadi lelaki normal apabila dewasa. Dia akan menjalani rawatan fisioterapi tidak lama lagi,” katanya yang mengharap bantuan orang ramai untuk perbelanjaan pengurusan harian Ahmad Asri.

Nor Amali berkata, dia buntu memikirkan Aidilfitri yang bakal tiba kerana tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli baju baru bagi anak-anaknya atau membuat sebarang persiapan, biarpun ala kadar.

“Saya tidak tahu sama dia berpeluang pulih sepenuhnya dan hanya mengharap keajaiban berlaku sekali lagi untuk melihat dia kembali normal,” katanya.
-Metro Online-

adik2 kat luar sana..jaga diri baik2 ye..jangan main kat tempat yang gelap n semak2..bahaya..kita tak tau ape nak jadi n ape akan jadi..
~Selamat Berpuas Semua~


Monday, August 16, 2010

Tragedi Ribut Di Jasin Melaka



apa korang rasa lepas tengok video ni??sedih kan..mana tak nye..ribut lebih kurang 5 minit je,tapi sampai 3orang meninggal n ramai yang cedera..Nauzubillah..maybe ni sume dugaan bulan mulia ni..kepada keluarga mangsa, takziah n tabah hadapi dugaan..mungkin ada hikmahnye..kepada yang masih hidup, ambik tragedi ni sebagai pengajaran..ko tengok tu.tengah beli juadah buka puasa pun ajal boleh tiba..jangan pulak ada mulut yang jahat cakap ni sume sebab melaka teruk ke, banyak buat dosa..ko cakap je,kira mulut ko pun dapat dosa..so jangan jaga diri je,tapi jage jugak mulut,tangan,kaki sume..ok..
Pagi tadi, OTW gi keja, aku dengar kat radio ada 1 lagi ribut kat bazar ramadhan..tapi xsure la kat mana..dengar dalam keadaan mengantuk konpem la x fokus okey..
Anyway Al-Fatihah untuk mangsa2..


Saturday, August 14, 2010

Menu Sodap

semperna bulan pose ni kitorang dapat balik awal..ni tengah fikir2 ape agaknye mak masak untuk berbuka puasa..hari tu cakap dengan mak nak makan nasi lemak,sahur mak buat nasi lemak..sedap sangat..harini tak tau mak masak ape..ntah2 mak masak ni..

telur bistik


ataupun ni

waduh2..

pic by google

ape2 pun yang mak masak mesti sodap..






indahnya di laut



yuhuu..harini mood nak update blog membuak2 coz dah ada usb untuk transfer pic..b4 ni xda ke?bukan xda..hilaaang...cian kan..
harini mydear still xsihat lagi..demam teruk jugak..mau tak risau hati aku ni..semoga cepat sembuh ye sayang..
actually entry pasal ni dah lama dah nak buat tapi telah disimpan lame menjadi ikan pekasam..wow sedapnye ikan pekasam..kalau makan dengan nasi then ada sikit sambal sardin pasti bergabung meletop!! ish2 bulan pose ni jangan cakap pasal makanan..menitis air liur ni..hoho..


ni pic masa aku n myhubby pergi jeti pantai siring..tau x?hari tu baru je masuk paper metro pasal jeti ni..if nak lebih jelas lagi, ni la jeti orang2 nak ke Pulau Besar..u know Pulau Besar?tempat orang2 selalu pergi memuja memuji benda2 yang boleh dikira macam khurafat la jugak..ok cukup2..kitorang gi jeti ni bukan untuk gi pulau besar,tapi saje je..jalan2..hehe..

ni bot2 pejuang nelayan2..syok tengok tau..ko tengok bendera melaka yang hebat tu

ni pulak sepupu aku..aku panggil bang ngah..dia ada bot..bot tu dia punya..tibe2 dia ajak aku,myhubby,akak aku,abg ipar,farsyah n hanis naik bot..ajak jalan2 kat laut..kitorang ape lagi..xpk 20X pun,terun melompat naik bot..tipu je..

me, myhubby n our baby..haha..xla..anak buah aku..sedondon kitorang.mcm 1happy family plak..

ni la akak,adik n abg ipar aku..

indah kan pemandangan ni..dari tengah2 laut ni nampak melaka..best sangat

my hubby n hanis najwa=)

forever n ever

daa..




Friday, August 13, 2010

Lepas Geram!


♥ (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)
♥ /█\ /█\
♥ ||_ ||_♥

heloo..hari ni dah 2 Ramadhan..kejap je dah 2hari berpuasa kan..comel tak pic kat atas tu?itu imagine macam i n buah hati i la..hehehe..mydear demam harini..teruk gak dengar suara dia..ni tengah rest and dapat mc utk 2hari..risau pulak musim2 panas ni demam..dah la jauh..nak datang tengok susah..hope sgt2 mydear ok n cepat sihat semula..

to my dear.. wishes for u, get well soon.cepat sembuh dapat la kita gurau2 selalu,call2 selalu,msg2 selalu..miss u mmmmuah

u know what??skrgni geram sangat dengan broadband a.k.a berukband celcom ni..mana xnye.masa beli mulut pompuan tu bukan main manis cakap,TIAP2 BULAN RM68 SAHAJA..tapi sekarang ni tiap2 bulan dapat bil mesti LEBIH DARI RM68..kenapa ye??tak kan bil yang ko print untuk pungut hutang pon ko nak kenakan charge gak ngok!!nak kaut untung je ke keja ko??uik cik geram geram ni..orang TNB and TELEKOM pun xkenakan duit kat print bil..sebab tau tu memang keja diorang sediakan bil..ko tengok ko tengok akak marah..akak dah keluarkan pistol ni..
….._|\__________________,,___
…./ `–|||||||||||————] ====>
…/_==o ____________________/’
…..),—.(_(__) /’
….//(\)//
…//___//
..//—-/
./____ /

tapi xpe..bulan pose ni kena byk sabar kan..sabar ye..sabar ye..ok la bye




Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan untuk anda..



esok kita semua dah start puasa..rasa seronok sangat nak sambut puasa..masa ni la rasa nikmatnye makanan tu..hehe..klu nak cakap nikmat sebab dapat berkumpul ramai2 dgn family, betul gak..tapi for me,everyday my family kumpul same2 n makan same..sweet kan hihihi..anyway selamat berpuasa semua..


last week dh dapat jumpa my hubby.best sgt n misi pun dah tercapai.lalala~




Friday, August 6, 2010

Hatiku Senang Macam Iklan Keropok Mony...

Siape pernah tengok iklan KEROPOK MONY??? i sure la uolls sume selalu tengok iklan ni..x selalu pun tapi mesti pernah tengok..kan kan kan??

cakap pasal keropok mony ni, i x sure la sodap ke tidak kopok tu..tapi kalau kau tengok muka makcik2,pakcik2 n budak2 dalam iklan tu, bukan main 'hover' lagi diorang..siap goyang tangan sambil nyanyi 'KEROPOK MONY'..x cukup tangan, dengan badan2 sekali goyang n nyanyi 'KEROPOK MONY'..hahaha lawak2..anak buah aku pun kejap2 nyanyi 'KEROPOK MONY'..

ops..lari betul tajuk entry dengan isi kandungan..haha..actually hatiku senang bangat sebab tak sampai 10jam lagi i akan jumpa my 'heartfruit' (buah hati) hohoho..sekarang en.am ada dalam bas..tengah tidor agaknye..almaklumlah naik bas, pening kepala klu nak msg or membaca..semoga beliau cepat n selamat sampai maka cepatlah kita dapat ketemu ye sayang..ohh yeah..