Thursday, July 29, 2010

Ku gumbira..

morning sume!!!

hari ni xda story pape..semalam,tengah ngantuk2 tibe2 hp bunyi

~my baby you...lalala~

me : hello abg..
hubby: hello syg..watpe tu?
me : xwat pape pun..
hubby: nak tau x?abg dah beli tiket ke melaka tau..
me :WOW..yeke?abg dtg bile?
hubby: 6hb..pagi gerak n malam dah sampai dah..
me : ok..bestnye..nanti syg bgtau mak..yeyeyee..~melompat dengan girang~

xsabar nak jumpa my hubby..
yeye 6hb malam dah leh jumpa..then esoknye mula la misi mencari cincin..
hehehe..

Wednesday, July 28, 2010

Dua Beradik Di Culik

i malas nak taip or ulas panjang2..juz copy dari metro online..hehe

KAMUNTING: “Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini.

Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan.

Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.
Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar.

Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi.
Menceritakan detik cemas itu, Nurul Fatin Farhana berkata, dia sempat mendengar perbualan ketiga-tiga perompak terbabit sebelum dia dan adiknya ditinggalkan di kawasan terpencil selepas dilarikan hampir dua jam.

Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak merancang untuk melarikan diri kerana adik (Siti Haidar) nyenyak tidur di tempat duduk belakang.

“Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam.

Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut.

Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar.

“Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.

“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya.

Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis.

“Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhamp

Banyak pengajaran dari peristiwa ni yang kita dapat..so kepada ibu ibu bapak bapak diluar sana,janganlah senang sangat ko tinggalkan anak ko even nak g 711 sekalipun..dah jadi macamni,xke parah?nasib baik la penculik tu ada taman lagi dalam hati..turunkan gak budak2 ni..ish2..

10 Sebab Saya Bersyukur

Ada banyak sebab saya bersyukur..saya bersyukur kerana :
  1. saya bersyukur kerana hingga ke saat ini saya masih diberi peluang bernafas di bumi-Nya..syukurnyee
  2. saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sempurna dan bahagia..hepi family
  3. saya bersyukur di berikan family yang besar..ada emak,abah,2 kakak, abg ipar, 2 adik perempuan n anak buah yang sangat best n sangat saya sayangi..i love u..u love me..we are happy family~lalala barniey & friends punya lagu tema
  4. saya bersyukur saya telah ditemukan dengan seorang jejaka yang kacak dan gagah..even saya tak ada abang kandung,dia la abang,dia la sahabat n dia la cinta sejati saya~mohd anwarikram..ohh sygku=)
  5. saya bersyukur even saya tak ramai kawan,tapi kawan2 saya sumenye sekepala dengan saya..miss u all
  6. saya bersyukur even belum konvo,tapi saya telah bekerja..adalah duit sikit
  7. saya bersyukur ofismate saya sumenye ceria2 dan gila..ops gila-gila hahaha
  8. saya bersyukur dikurniakan wajah yang comel dan sempurna..auww..apakah ini??perasan je
  9. saya bersyukur saya ada blog yang xda la glamer pun tapi ada la jugak blog..lalala~
  10. saya bersyukur dan berharap dipanjangkan umur supaya dapat terus menyanyangi family n mencintai my love..amiiin

Monday, July 26, 2010

Miracle Multiplex BB Cream



hello semua..
kabare?waras?hehehe..
hari ni i nak promote 1 barang yang i baru je beli..
nama dia yang kat tajuk entry tu..hehe(malas nak taip panjang2)..



korang penah dengar x BB cream? BBcream ni agak glamer kat korea nun..aweks2 kat korea sume pakai bendaalah ni..so sape2 yang berangan nak wajah+muka+gaya ala2 korean,sila lah beli..actually bukan elianto je yang ada benda ni..silkygirl n product lain pun ada..tapi akak tersangkut kat elianto..ahaks

actually ada 2 jenis..yang hijau ni elok untuk remaja2 yang gold pulak untuk yang agak dewasa amatlah sesuai..sebab dia ada anti-penuaan..hehe..

ops..ofismate i baru jap call..dia cakap esok dia nak beli BB cream gak..hahaha Go Kak Reen!!


lepasni jgn xkenal kalau muka kitorang jadi mcm Lee Da Hee..aauww..





Monday, July 19, 2010

hari tu my cousin kahwin..INTAN & NASIR..i adalah orang ke10 paling bz sebab kena tolong susun lauk pengantin dalam pinggan n tampal kotak doorgift nak bagi tetamu datang (sediakan payung before hujan~tampal before tercabut bawah nye) n banyak lagi..so xbanyak pics yang boleh tepek kat blog ni..cukup la sekadar seciput je..

ni pelamin dia
~memang indah~


dari sudut tepi ye adik2..
dah xletak telur dah..letak ssuuuumii


ok ni pic before akad nikah..nikah hari jumaat malam..
ni la kumpulan nasyid raihan versi gegirl..

R.A.I.H.A.N.I


ni pic ms malam nikah..
with lia(my cepupu n yanz kakak gua)

dah banyak dah pic,tapi pic pengantin xda pun..hehehe


ni la raja sehari nye..after akad nikah..p cium dahi plak..

ni pic my sis yanti n farsyah..n yg kembang semangkuk depan tu hanis najwa anak buah i..

ok..part 2 masuk hari persandingan ye tuan puan..

sekarang kan zaman modern..mestila ada perempuan bunga..
ni la perempuan bunga nyeee..
mira & farsyah (my sis)

alala manje gitu..anak buah and makcuu

cover cun masing2

kompang di palu..

intan & nasir adalah askar

ok cukup..pics dah abis..hahaha

Thursday, July 15, 2010

Ni yang tak sabar nak kawin(-_-)

auwww!!

tajuk entry dah tunjuk gatal..hahaha..sape yang tak nak kawin kalau tengok kad kawin cun macam ni..rasanya akak2 yang dah kawin pun teringin nak kawin lagi...no no no bukan kawin lain ok,kawin orang sama tapi,buat 2nd majlis.fuh!jenuh nak explain..


i like it very much...
hehehe macam budak kecik punya taste kan..

ada lagi...

cutenyeee..saya suka macam ni..

ni pun saya sukaaaaa...

ni pulak ala-ala retro gitu
ni pun sama

ni sweet gak kan...

ini pun maaanis..

suka tak?actually harini saja rajin search macam2..then jumpa blog ni..sape berminat gi la


lalalala~ miss mr.love

Tuesday, July 13, 2010

paul the sotong..


aku tau sekarang ni yang paling glamor adalah paul si sotong ajaib..betul x?mana tak nye,semua team yang dia ramal semuanya menang..ish ish..nak percaya ke tak ye..kalau percaya macam syirik pulak..hehe..tapi semua yang si paul ni ramal betul..dahsyat2..ape kate kita berkenalan dengan si paul ni..

hi uolls..nama saya paul..hobi saya meramal..saya hampir2 nak di masak oleh sorang chef tu..dia nak cincang kepala saya sebab saya ramal team dia suka kalah..hehehe..

sebenarnye sejak lahir lagi saya dah dihantar sekolah..

dulu saya blur..sampai juling mata saya..hehehe
tapi sekarang saya dah bijak..tengah2 glamor tibe2 saya ada pesaing..burung dari singapore..
tapi saya tetap juara!!kepada burung diatas,apa kata kita bergabung macam lagu adam & stacy

sotong..burung.bergabung..meletop..woooo!!

Friday, July 9, 2010

betulke haram minum coca cola??wajib baca..


rindu..rindu..kat blog aku yang comel ni..lame tak update..ni semua sebab berukband la..haha..actually banyak sangat story nak share..tapi banyak dah expired..wakaka..tapi story ni wajib share..mari baca mari baca (ala ala mamak jerit jual putu mayang pulak)

actually nak bagitau pasal coca cola..sape kat sini yang boikot coca cola??jangan tipu ye tuan2 dan puan2..sekarang mari tengok..

ape korang rasa??marah tak?aku pun tak tau la betul x.sebab tak buat eksperimen lagi kat tin coca cola tu...sape2 yang rajin,sila buat ye..