Thursday, April 22, 2010

Filem Hooperz Kini di Pawagam!!!

banyak betul filem sekarang ye..dari hal percintaan(kerap kali cerita jenis ni) sampailah sukan..now ada movie baru pasal sukan netball..i sure ramai pompuan kat luar sana yang akan masuk pawagam..maybe sebab suka movie tu and maybe sebab nak habiskan final sem dengan kawan2 tengok movie tu..ewah ewah pandai kau je..

OKEY...Hooperz mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain dalam sebuah pasukan bola jaring. Ada 7 orang budak pompuan yang masing-masing ada masalah peribadi sendiri..Variasi karekter dan latar belakang dalam pasukan ini di himpunkan menjadikan sebuah kisah yang menarik..Gelangang bola jaring menjadi tempat bagi mereka untuk lari dari kehidupan rutin mereka yang membosankan.
Kesemua mereka ini kemudiannya membentuk sebuah pasukan bola jaring yang di namakan Hooperz. Walaupun pelbagai rintangan yang berlaku terhadap karekter-karekter ni, namun mereka tidak menjejaskan semangat mereka untuk ke pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan..



Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. Hooperz dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya. Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej.



Ketua pasukan Hooperz, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.
Ni antara pelakon-pelakonnye..




Intan Nor saina – Atylia
Melissa Maureen Rizal – Wan Zulaikha
Nur Zazleen Zulkafli – AJ
Juliana Evan – Nino
Anita Baharom – Saidatul
Akma AF – Azwar
Dawn Jeremiah – Sue Wei
Amy Mastura – Jurulatih
Adibah Noor – Jurulatih









No comments:

Post a Comment