Thursday, April 22, 2010

Filem Hooperz Kini di Pawagam!!!

banyak betul filem sekarang ye..dari hal percintaan(kerap kali cerita jenis ni) sampailah sukan..now ada movie baru pasal sukan netball..i sure ramai pompuan kat luar sana yang akan masuk pawagam..maybe sebab suka movie tu and maybe sebab nak habiskan final sem dengan kawan2 tengok movie tu..ewah ewah pandai kau je..

OKEY...Hooperz mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain dalam sebuah pasukan bola jaring. Ada 7 orang budak pompuan yang masing-masing ada masalah peribadi sendiri..Variasi karekter dan latar belakang dalam pasukan ini di himpunkan menjadikan sebuah kisah yang menarik..Gelangang bola jaring menjadi tempat bagi mereka untuk lari dari kehidupan rutin mereka yang membosankan.
Kesemua mereka ini kemudiannya membentuk sebuah pasukan bola jaring yang di namakan Hooperz. Walaupun pelbagai rintangan yang berlaku terhadap karekter-karekter ni, namun mereka tidak menjejaskan semangat mereka untuk ke pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan..



Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. Hooperz dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya. Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej.



Ketua pasukan Hooperz, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.
Ni antara pelakon-pelakonnye..




Intan Nor saina – Atylia
Melissa Maureen Rizal – Wan Zulaikha
Nur Zazleen Zulkafli – AJ
Juliana Evan – Nino
Anita Baharom – Saidatul
Akma AF – Azwar
Dawn Jeremiah – Sue Wei
Amy Mastura – Jurulatih
Adibah Noor – Jurulatih









Monday, April 19, 2010

Makan Besar!!

Hari tu,after balik dari hometown member aku cikmon cakap member aku lagi satu ni NAD DANI jemput kitorang pi makan besar kat rumah dia..FUH rezeki datang..kiranya masuk kali ni dah 2 kali pi makan2 kat rumah dani..baiknyee dani, pakcikahmad, makcik limah and nisa..so tiba hari kejadian, masing2 pun siap nak pi..sume plan nak pakai baju sopan2 coz pakcik ahmad and makcik limah alim orangnye..hehe..
Puas pikir lastly kitorang plan pakai t-shirt dengan syarat tutup bontot..WOW..



start dari baju hijau- cikmon, meksyah, mastura, cda


ni pic member2 aku.AKU?aku tengah potong kuku jadi takda dalam pic ni..ni separuh je member2 aku..yang lain taktau pi mana..

bergambar dengan cikmon

jeng jeng dah sampai rumah dani
ya tu dia gambar kami semua..meksyah,ayie,me,mas,cikmon,dani,cda



ni pic nasi meksyah..ada petai..ooh no xsuka petai




tu dia sedang melantak..wajib blur kan muka dia



abis makan,mulakan sesi bergambar+melaram







asyik pic aweks2 ni je kan..oo aweks lain tengah solat..Sorry okey..kitorang dah siap solat..baik punyaaaaa






keletihan asyik berposing

then kitorang pi melawat 'backyard' dani..ape tu??kolam ikan keli..pakcik ahmad ni bakal jadi usahawan berjaya okey..ada 10 kolam, dalam 1 kolam ada 3ribu ekor ikan keli..manyak nyeee..tak suka ikan keli uweeek













ni antara kereta2 pakcik ahmad..no plat harus di blur kan..takut ada yang admire dengan pakcik ahmad and akan kejar pakcik ahmad kat jalan raya..mampos aku



ok cukup...lastly nak letak pic HANIS NAJWA yang comel..HAHA takda kaitan..anyway enjoy sangat pi rumah dani..semoga murah rezeki family dia..Amiiin


phewwit

Sunday, April 18, 2010

achik spin meninggal dunia



Belum sampai sebulan pemergian pelawak and pengacara terkenal Allahyarham Din Beramboi, kini giliran Achik Spin pulak tinggalkan kita semua..siapa yang tak kenal dengan Achik Spin yang merupakan penyanyi lelaki terkenal.Ingat lagi lagu2 Achik yang best gile..JANJI KITA, HADIRLAH MUSTIKA, ADAT BERKASIH, MEMORI BERKASIH and macam2 lagi..kalau dulu minat Achik and Siti Nordiana, sanggup beli kaset ori duet diorang semata-mata nak hafal lagu..suara diorang jangan cakapla..memang sangat sedap.. Ingat lagi time skolah lagi, masa pergi kenduri kahwin cousin kat singapore..then kat bawah kolong tu ada DJ KC and ada slot karaoke..aku pun join la karaoke lagu ACHIK ni..coz masa tu tengah glamor la si Achik and Nana..pasni takda lah lagu baru dari Spin..
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28 terlibat dalam kemalangan jalanraya..tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang terbabas setelah melanggar papan tanda.Achik meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandunya
ajal maut semuanye di tangan tuhan..tak kira muda or tua, kalau dah tiba masanya, kita semua tetap akan pergi..INSAF
Hilang lagi sorang artis yang berbakat..Kepada keluarga Achik, takziah and tabahkan hati..AL_FATIHAH







Monday, April 5, 2010

ONLINE SHOPPING – FRAME KASIH

Aku tak pernah terlibat dalam urusan beli barang online ni.TAPI sampailah satu saat aku terlibat jugak.ISH ISH ISH..puas aku search barang ape yang best untuk dibeli, then aku buka la blog KASIH ALEEYA yang mana pemilik blog tu namanya Kak Filla yang telah berkawin dan ada sorang anak kecik yang namanye KASIH ALEEYA @ acih.comel budak kecik tu even mak dia kata dia dah gelap.MAK acih yang cakap, bukan aku..hehe

Ok2..pastu aku pun berkenan la dengan produk bisnes dia..FRAME KASIH..after aku berfikir dengan waras and baca komen2 manusia kat blog dia, aku pun tanpa ragu2 order kat dia..bukan ape, ni 1st time aku beli barang online,takut ditipu.tapi aku tengok bisnes dia ni tak da unsur2 nak tipu orang coz komen2 customer dia semua cakap dah dapat,dah dapat,dah dapat..KAK FILLA, thanks to your customersss coz yakinkan customer lain..hehe..

sometime bisnes online ni tak semuanya betul.orang dah bagi duit, tapi barang sampai ke harini tak sampai2.BERDOSA TAU!! So, BEWARE!

cantik betul frame tu..sweet sangat..puas gak aku pilih pic mana yang ok..pic yang aku berkenan semua kena reject oleh Kak Filla sebab blur..hahaha cian aku..lastly ada gak pic yang ok..and now dah pun siap frame tu..i like it!! AHA AHA…









aku suka masuk blog KASIH ALEEYA ni..sebab ape?sebab dia BEST..so aku nak bagi award ni kat mama stylo tu..wachaaa…

Sunday, April 4, 2010

happy birthday mOm!!

kalau orang tak sabar nak tunggu 1 APRIL sebab nak kena kan orang (JAHAT)
tapi aku tak sabar sebab hari tu besday mak aku tersayang..
sedih gak masa besday mak, aku tak dapat nak celebrate sama, tak dapat wish face to face, tak dapat makan kek yang akak aku beli..yang aku dapat, call and tengok pic kek..JELES..
tapi lagi 2 3 hari aku nak balik jumpa family yang jauh diperantauan..so dapatla jumpa family even jap je..tak pe la janji rock..
ok la..to Puan Jamilah..
HAPPY BESDAY TO U
HAPPY BESDAY TO U
HAPPY BESDAY HAPPY BESDAY
HAPPY BESDAY TO U..MOM

around the corner??

Whazzup!whazzup!!!!
waaah intro nak gempak..tiru Mila AF?tak okey..ciplak je..hehe
Actually aku taktau nak post ape lagi..sebab dalam otak aku penuh memikirkan FINAL EXAM.
Pergh ayat macam budak sekema atau nama saintifiknya SKEMA yang sentiasa rajin belajar..tak kisahla, sekema mak ma..yang pasti dalam kepala aku memang tengah risau pasal final exam..cuak beb.aku ambik 6 paper, tapi satu pun aku tak study and roger2 lagi..apa kes??lagi 2weeks je nak start exam dah..


Alaa relax la..jangan sebut 2weeks, tapi sebut 14hari nampak banyak sikit..tak gitu.hohoho..betulbetulbetul (INI ADALAH HASUTAN SYAITAN)

Aku start exam 22April, then last paper 4Mei.syoknye..tak sabar nak tamatkan title sebagai seorang mahasiswi..lepas 4hb tu,aku akan berjalan sambil meninggikan hidung setelah habis belajar.SELAMAT TINGGAL JUNIOR2..lepas tu aku akan pulang ke pangkuan keluarga dan bermulalah hidupku sebagai ‘penganggur tehormat’..uik janganla aku jadi penganggur..tak mau akak..aku tak nak di cop sebagai anak yang tau menghabiskan beras dirumah sahaja..hahaha..so aku akan berusaha dengan gigih segigihnya untuk apply macam-macam kerja.yang pasti aku tak kan apply jadi doktor sebab aku tak minat jadi doktor..buzy sangat..hahaha sebenarnya memang tak ambik kos medic..

so sape2 yang nak tawarkan kerja berkaitan ekonomi,management ke apeke, bagitau la aku..aku ni rajin, berwawasan, mampu menjalankan tugas dengan baik, sentiasa berfikiran terbuka, mampu bersaing secara sihat, boleh bekerja dengan berbagai jenis orang dan kumpulan (yang banyak songeh pun boleh) and yang paling penting tidak mengamalkan rasuah.BELIA BENCI DADAH!!!hehe(SESI MEMUJI DIRI)

Oklah..aku nak stop menaip coz kesedaran dah datang..cepat belajar pemalas yang rajin!
Wish me gud luck for final exam!!!


congratulation!!

Haritu,
buah hati aku konvo.aku antara manusia yang menyaksikan konvo tu.even aku tak masuk dewan tapi aku dapat gak la tengok suasana orang konvo kat luar dewan, bawah khemah,dengan panas yang amat terik and tengok secara LIVE kat tv 39 inci(kecik tau.patutnya letak skrin sebesar2nya). dulu aku penah tengok kakak2 aku konvo kat uitm, tapi dah lupa dah macam mana..maklumlah masih muda lagi masa tu..
sementara tunggu buah hati aku naik stage,aku pun pergi cari bunga..Cantik2 la bunga dia..aku beli 2..satu dari aku,satu dari mama dia..konon2 beli banyak akak yang jual tu bagi kurangla..kurangla sangat setakat RM7(banyak tu dapat diskaun)..apa2pun terima kasih la wahai kakak@makcik penjual bunga kerana melayan kerenah aku yang kejap2 nak tukar..
ok ni antara pic2 masa hari tu



macam aku pulak yang konvo siap pegang bunga


aku lagi dengan buah hati


ni gambar pemuda kacak dengan bakal mak+ayah mertua aku


lagi satu


bunga yang cantik menarik tertarik


ok cukup la ye..anyway CONGRATULATION my dear!!