Friday, March 26, 2010

kapal terbang terhempas di uum

sedih + terharu aku after dengar citer pasal KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI UUM..
U aku tu..takziah kepada keluarga arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat..
aku dah tengok dah video saat2 dia nak terhempas..memang terharu..kau bayangkan niat ikhlas dia nak buat pertunjukkan sempena konvokesyen UUM ke23..tapi ajal menjemputnye..takziah dan kita sedekahkan al-fatihah untuk mangsa..
ni berita yang aku copy dari utusan online..

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini hari ini.

Juruterbang yang terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu ialah Mejar Muhammed Zulrihan Jusof yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham telah berkhidmat di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebagai jurulatih penerbangan sejak 1 Januari 2008.

Mangsa yang menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 meninggalkan seorang balu, Wizana Abd. Ghani dan tiga anak.

Difahamkan, mayat Allahyarham Muhammed Zulrihan ditemui oleh Pasukan Penyelamat TUDM kira-kira 10 meter dari tempat bangkai pesawat berkenaan ditemui terhempas.

Mayat jurulatih penerbangan itu dikeluarkan dari lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dan jenazahnya kemudian diterbangkan dengan helikopter Nuri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk bedah siasat.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan akhbar berkata, pesawat yang dipandu oleh Muhammed Zulrihan berlepas dari KTU Alor Setar pada pukul 10.03 pagi ini bagi tujuan latihan penerbangan.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan semua ahli keluarga Allahyarham.

"Pihak TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.

Kali terakhir pesawat Pilatus PC-7 dilaporkan terhempas ialah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dekat sini pada 11 September tahun lalu yang mengorbankan dua juruterbang TUDM.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zamri Chik berkata, 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya mendapat panggilan pada pukul 10.25 pagi.

Sebaik tiba katanya, mereka berjaya memadamkan api yang memusnahkan sebahagian daripada pesawat berkenaan.

kepada yang nak tengok video tu, ko g view my complete profile, then klik kat audio clip..

No comments:

Post a Comment