Saturday, March 20, 2010

IPTA/IPTS DI MALAYSIA

Hello adik-adik akak..waah sejak bile pulak dah pandai adik akak ni..mithali sungguh bunyinye..ok adik-adik semua..harini akak ada nak share ilmu pengetahuan tentang universiti-universiti kat malaysia ni..nak dengar tak??kalau nak jawab naaaak..hahaha..actually ilmu ni untuk adik-adik yang baru lepas spm dan stpm..korang dapat berape A??cepat bagitau..ops lupa pulak adik sendiri pun baru lepas spm..dapat berapa??tanya la sendiri..untuk adik-adik yang baru lepas pmr,ilmu ni untuk korang gak,tapi bukan untuk sekarang ye coz korang kena naik form4 dulu..hikhikhik ciaaan..

Ok..serius okey..kat bawah ni ada beberapa IPTA/IPTS yang boleh korang pilih..Chek it out..

Kita mulakan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM)..wah kenapa mula dengan UUM??
korang tak perlu tanya.Lu pikir la sendiri! Opss pak nabil raja lawak, ampun akak pinjam perkataan ajaib ni jap..Ok adik-adik, UUM merupakan u pengurusan.terletak di sintok kedah..Kat sini tak ada kursus yang berkaitan dengan biologi@kedoktoran and tak da gak kursus berkaitan kejuruteraan.SO kepada adik-adik yang nak ambik kursus tu, sila lah ke u lain..hehe..tapi kalau korang nak ambik kursus ekonomi, akaun, marketing, perhubungan antarabangsa, kaunseling, HR, bahasa moden and berkaitan dengan management, korang boleh apply u ni..u ni kat utara na..dia lain sikit,orang cuti sabtu ahad, dia cuti jumaat sabtu..pastu u ni cantik..jauh dari kebisingan dan tekanan.tapi kalau kau dapat roomate yang agak rumit, maka bising la hidup korang..hahaha..tapi serius, UUM ni memang cantik.banyak pokok-pokok, terasa macam kat dalam taman tau..kat UUM ni ada go-kart, ada pool,ada kuda (orang cakap, farid kamil pernah tunggang kuda kat UUM ni,ORANG la cakap), ada mall, kayak and macam-macam lagi la..lecturer kat sini sume baguz-baguz..diorang ajar dengan penuh dedikasi..hehe..suasana u ni memang sesuai untuk korang belajar.tenang dan aman.insyaallah boleh score semua paper and dekan tiap-tiap sem.AMIIIN..


Next, Lim Kok Wing University.. u ni ada cara pengajian yang unik tau..sebab pendidikan bertaraf dunia yang jadi tumpuan diorang..Korang boleh pilih nak belajar kat pusat pengajian mana pun coz pusat pengajian Lim Kok Wing terletak di serata dunia..Selain itu, Lim Kok Wing juga tawarkan pengajian ijazah berkembar..Maksudnya korang boleh apply and graduate dengan 2 ijazah secara serentak..WOW!Kat sini juga terkenal sebab ramai artis-artis belajar kat sini..


Seterusnya, universiti Malaya (UM)..dulu akak teringin nak masuk u ni..haha..UM merupakan universiti tertua di Malaysia..Terdapat pelbagai kursus kat u ni..korang boleh pilih ape saje asalkan memenuhi syaratnya.coz bukan sebarang student boleh belajar kat sini..u ni terletak di bandaraya..so korang kena pandai-pandai bahagikan masa, wang dan tenaga..hehehe.


Universiti Sains Malaysia (USM)..USM terletak di Pulau Pinang..USM adalah u yang sepenuhnya sains.means kalau yang hebat fizik, kimia and biologi, sila lah ke u ni..USM menggunakan sistem pusat pengajian berbanding sistem tradisi iaitu fakulti..Yang uniknya setiap pusat pengajian dapat menyatukan subjek pengajiannya dan kursus-kursus yang dapat memenuhi keperluan pengijazahan yang mengkhusus di dalam sesuatu bidang yang dipilih dan pada masa yang sama turut menguasai bidang-bidang disiplin pengjian yang lain.

Next, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)..UPM merupakan universiti yang berasaskan pertanian. Maksudnya semua yang belajar kat sini akan jadi petani ke???TIDAK..yang belajar kat sini boleh jadi macam-macam tau.boleh jadi perdana menteri, petani yang kaya raya, menteri pertanian dan asas tani dan macam-macam lagi la..TAPI kini UPM menumpukan perhatian dalam pelbagai bidang merangkumi
kejuruteraan, perubatan, sains tulen, ekonomi dan lain lagi.


IPTS seterusnya adalah Kolej Universiti SEGI..Kolej ni teletak di pelbagai negeri..Ia menawarkan pelbagai program berasaskan industri penting negara.maksudnya kursus2 kat sini semua menjamin peluang pekerjaan.Antara bidang-bidang yang ditawarkan kat SEGI ni ialah perniagaan, akaun, kejuruteraan, rekaan kreatif dan teknologi, hotel dan pelancongan, farmasi dan perubatan. Kalau yang berminat nak jadi nurse pun boleh masuk sini..tak kisah lelaki ke perempuan ok.


Universiti Islam Antarabangsa (UIA)..UIA merupakan universiti yang unik sama ada di Malaysia ataupun di serata dunia. Memandangkan bahasa inggeris menjadi bahasa pengantar di universiti ini, maka ia telah memupuk keharmonian campuran moden dan profesional bersama budaya tradisional dan moral. Pelajar dari UIA datang dari pelbagai negara. Maksudnya mat saleh, mat bangla n segala-gala kaum ada kat u ni.


Universiti Teknologi Mara (UiTM)..UiTM mempunyai 24fakulti. Uitm memang selalu jadi pilihan pelajar-pelajar. Terdapat 3 bahagian pengajian yang berbeza iaitu Science & Technology, Social Science & Humanities dan Business & Management..Uitm ni dia tawarkan pelbagai bidang tau..tapi semua student kat uitm ni adalah bumiputera.


Kolej MAHSA..masa 1st time akak dengar nama kolej ni, akak terus sebut kolej marsha..hahaha..akak ingat si marsha akademi fantasia tu..ops terlebih sudah akak ni..okey ye..kolej MAHSA ni adalah pusat pengajian yang tertumpu kepada bidang berkaitan perubatan, kejururawatan dan semua yang berkaitan dengan sains kesihatan..so kalau korang nak jadi doktor, bolehlah daftar kat kolej ni..
Waahh banyak nye IPTA/IPTS kat malaysia ni..akak tak larat nak tulis lagi..so pilih je mana berkenan..yang penting belajar..OK

No comments:

Post a Comment