Tuesday, March 30, 2010

holiday!!



LANGKAWI...
aku baru je balik langkawi..pergi jalan2 abiskan duit..hehehe..aku pergi dengan buah hati aku la..kitorang pergi pagi and balik petang..coz esoknye dia nak konvo..best sangat even penat gile2..tak kisah lah penat ke apa yang penting KITA ENJOY!!!
ni gambar akak and yang tercinta..ahaks

dalam feri nak gerak dahh..



sekali sekala letak la gambar pemandangan..betol tak??tengah laju feri tu gerak, tiba2 ada sorang pakcik nelayan lalu..aku pun snap gambar dia dengan lajunye..kesian pulak pakcik ni..tengah panas terik dia pergi cari rezeki..INSAF akak...

ni pulak gambar pulau ape akak pun taktau..act nak snap gambar pulau dayang bunting, tapi salah pulau rupanye..blasah je la


hehe ni gambar bila dah sampai..cuba tengok muka aku ke muka buah hati aku, En. Anwar ni yang teruja.erkk..

WELCOME TO LANGKAWI!!!




Ni pic masa tengah cari coklat untuk di beli...banyak bergambar then blah je dari kedai tu..hahaha mesti tauke dia bengang..whatever


lepas dah penat jalan, jumpa kedai perfume..best gak kedai ni..buah hati aku yang baik hati pun belikan aku set perfume..waaangiii..TQ cayang!!


aku taktau ape motif aku snap pic bayang2 ni...


dah lapar!!! TOLONG..so ape lagi, kitorang cari kedai makan..jumpalah kedai mamak..tu pun after balik ke jeti...nak makan yang best2 macam takde yang best..so aku order magee..yeeee

Friday, March 26, 2010

kapal terbang terhempas di uum

sedih + terharu aku after dengar citer pasal KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI UUM..
U aku tu..takziah kepada keluarga arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat..
aku dah tengok dah video saat2 dia nak terhempas..memang terharu..kau bayangkan niat ikhlas dia nak buat pertunjukkan sempena konvokesyen UUM ke23..tapi ajal menjemputnye..takziah dan kita sedekahkan al-fatihah untuk mangsa..
ni berita yang aku copy dari utusan online..

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini hari ini.

Juruterbang yang terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu ialah Mejar Muhammed Zulrihan Jusof yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham telah berkhidmat di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebagai jurulatih penerbangan sejak 1 Januari 2008.

Mangsa yang menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 meninggalkan seorang balu, Wizana Abd. Ghani dan tiga anak.

Difahamkan, mayat Allahyarham Muhammed Zulrihan ditemui oleh Pasukan Penyelamat TUDM kira-kira 10 meter dari tempat bangkai pesawat berkenaan ditemui terhempas.

Mayat jurulatih penerbangan itu dikeluarkan dari lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dan jenazahnya kemudian diterbangkan dengan helikopter Nuri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk bedah siasat.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan akhbar berkata, pesawat yang dipandu oleh Muhammed Zulrihan berlepas dari KTU Alor Setar pada pukul 10.03 pagi ini bagi tujuan latihan penerbangan.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan semua ahli keluarga Allahyarham.

"Pihak TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.

Kali terakhir pesawat Pilatus PC-7 dilaporkan terhempas ialah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dekat sini pada 11 September tahun lalu yang mengorbankan dua juruterbang TUDM.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zamri Chik berkata, 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya mendapat panggilan pada pukul 10.25 pagi.

Sebaik tiba katanya, mereka berjaya memadamkan api yang memusnahkan sebahagian daripada pesawat berkenaan.

kepada yang nak tengok video tu, ko g view my complete profile, then klik kat audio clip..

Wednesday, March 24, 2010

PLAYHOUSE DISNEY

hello u all..hari ni aku nak promote satu website yang best gile pada korang..
korang penah tengok cartoon2 macam mickey mouse, handy manny, my friends tigger & pooh and macam2 lagi tak??
sure penah kan..jangan tipu okey..
so kalau ada yang teringin nak kembali and mengenang zaman muda mudi boleh la ke
PLAYHOUSE DISNEY..klik je..
sure korang teruja bila masuk website ni..sebab aku antara makhluk tuhan yang paling teruja.huahua..
web ni bukan untuk orang tua macam korang je (terasa tak?), tapi untuk anak2 lagii la boleh..
coz ada macam2 aktiviti best..ada game, paint & colour,movie(boleh tengok movie free..so tak payah gi pasar malam beratur kat kedai CD tu)
pastu korang boleh berkenalan and say HI kat character kartun2 tu..kira sume character kartun disney ada la..isshh terujanyee
so ape tunggu lagi cepat la gi web tu..confirm dah masuk taknak keluar dah..
ookkkk daaa

Monday, March 22, 2010

aku dah bosan

aku baru lepas tukar layout blog ni..
cute gak dinosour ni..
bosan dah dengan layout yang dulu..
ke'pink' sangat..
tak larat akak nak menatapnya..
sekarang dah penuh dengan warna warni..
macam ais krim pelangi..
hehehe
oo ye..sebut pasal aiskrim ni,
teringat la kat video cornetto yang aku buat tu..
after baca blog si HANIS ZALIKHA, dengan lajunya aku pun terus join wat gak..
hahaha.. tapi nampaknye memang ada harapan nak kalah..huahuahua mari menangis
whateverla..yang penting aku sukaaaaaa...

Saturday, March 20, 2010

IPTA/IPTS DI MALAYSIA

Hello adik-adik akak..waah sejak bile pulak dah pandai adik akak ni..mithali sungguh bunyinye..ok adik-adik semua..harini akak ada nak share ilmu pengetahuan tentang universiti-universiti kat malaysia ni..nak dengar tak??kalau nak jawab naaaak..hahaha..actually ilmu ni untuk adik-adik yang baru lepas spm dan stpm..korang dapat berape A??cepat bagitau..ops lupa pulak adik sendiri pun baru lepas spm..dapat berapa??tanya la sendiri..untuk adik-adik yang baru lepas pmr,ilmu ni untuk korang gak,tapi bukan untuk sekarang ye coz korang kena naik form4 dulu..hikhikhik ciaaan..

Ok..serius okey..kat bawah ni ada beberapa IPTA/IPTS yang boleh korang pilih..Chek it out..

Kita mulakan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM)..wah kenapa mula dengan UUM??
korang tak perlu tanya.Lu pikir la sendiri! Opss pak nabil raja lawak, ampun akak pinjam perkataan ajaib ni jap..Ok adik-adik, UUM merupakan u pengurusan.terletak di sintok kedah..Kat sini tak ada kursus yang berkaitan dengan biologi@kedoktoran and tak da gak kursus berkaitan kejuruteraan.SO kepada adik-adik yang nak ambik kursus tu, sila lah ke u lain..hehe..tapi kalau korang nak ambik kursus ekonomi, akaun, marketing, perhubungan antarabangsa, kaunseling, HR, bahasa moden and berkaitan dengan management, korang boleh apply u ni..u ni kat utara na..dia lain sikit,orang cuti sabtu ahad, dia cuti jumaat sabtu..pastu u ni cantik..jauh dari kebisingan dan tekanan.tapi kalau kau dapat roomate yang agak rumit, maka bising la hidup korang..hahaha..tapi serius, UUM ni memang cantik.banyak pokok-pokok, terasa macam kat dalam taman tau..kat UUM ni ada go-kart, ada pool,ada kuda (orang cakap, farid kamil pernah tunggang kuda kat UUM ni,ORANG la cakap), ada mall, kayak and macam-macam lagi la..lecturer kat sini sume baguz-baguz..diorang ajar dengan penuh dedikasi..hehe..suasana u ni memang sesuai untuk korang belajar.tenang dan aman.insyaallah boleh score semua paper and dekan tiap-tiap sem.AMIIIN..


Next, Lim Kok Wing University.. u ni ada cara pengajian yang unik tau..sebab pendidikan bertaraf dunia yang jadi tumpuan diorang..Korang boleh pilih nak belajar kat pusat pengajian mana pun coz pusat pengajian Lim Kok Wing terletak di serata dunia..Selain itu, Lim Kok Wing juga tawarkan pengajian ijazah berkembar..Maksudnya korang boleh apply and graduate dengan 2 ijazah secara serentak..WOW!Kat sini juga terkenal sebab ramai artis-artis belajar kat sini..


Seterusnya, universiti Malaya (UM)..dulu akak teringin nak masuk u ni..haha..UM merupakan universiti tertua di Malaysia..Terdapat pelbagai kursus kat u ni..korang boleh pilih ape saje asalkan memenuhi syaratnya.coz bukan sebarang student boleh belajar kat sini..u ni terletak di bandaraya..so korang kena pandai-pandai bahagikan masa, wang dan tenaga..hehehe.


Universiti Sains Malaysia (USM)..USM terletak di Pulau Pinang..USM adalah u yang sepenuhnya sains.means kalau yang hebat fizik, kimia and biologi, sila lah ke u ni..USM menggunakan sistem pusat pengajian berbanding sistem tradisi iaitu fakulti..Yang uniknya setiap pusat pengajian dapat menyatukan subjek pengajiannya dan kursus-kursus yang dapat memenuhi keperluan pengijazahan yang mengkhusus di dalam sesuatu bidang yang dipilih dan pada masa yang sama turut menguasai bidang-bidang disiplin pengjian yang lain.

Next, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)..UPM merupakan universiti yang berasaskan pertanian. Maksudnya semua yang belajar kat sini akan jadi petani ke???TIDAK..yang belajar kat sini boleh jadi macam-macam tau.boleh jadi perdana menteri, petani yang kaya raya, menteri pertanian dan asas tani dan macam-macam lagi la..TAPI kini UPM menumpukan perhatian dalam pelbagai bidang merangkumi
kejuruteraan, perubatan, sains tulen, ekonomi dan lain lagi.


IPTS seterusnya adalah Kolej Universiti SEGI..Kolej ni teletak di pelbagai negeri..Ia menawarkan pelbagai program berasaskan industri penting negara.maksudnya kursus2 kat sini semua menjamin peluang pekerjaan.Antara bidang-bidang yang ditawarkan kat SEGI ni ialah perniagaan, akaun, kejuruteraan, rekaan kreatif dan teknologi, hotel dan pelancongan, farmasi dan perubatan. Kalau yang berminat nak jadi nurse pun boleh masuk sini..tak kisah lelaki ke perempuan ok.


Universiti Islam Antarabangsa (UIA)..UIA merupakan universiti yang unik sama ada di Malaysia ataupun di serata dunia. Memandangkan bahasa inggeris menjadi bahasa pengantar di universiti ini, maka ia telah memupuk keharmonian campuran moden dan profesional bersama budaya tradisional dan moral. Pelajar dari UIA datang dari pelbagai negara. Maksudnya mat saleh, mat bangla n segala-gala kaum ada kat u ni.


Universiti Teknologi Mara (UiTM)..UiTM mempunyai 24fakulti. Uitm memang selalu jadi pilihan pelajar-pelajar. Terdapat 3 bahagian pengajian yang berbeza iaitu Science & Technology, Social Science & Humanities dan Business & Management..Uitm ni dia tawarkan pelbagai bidang tau..tapi semua student kat uitm ni adalah bumiputera.


Kolej MAHSA..masa 1st time akak dengar nama kolej ni, akak terus sebut kolej marsha..hahaha..akak ingat si marsha akademi fantasia tu..ops terlebih sudah akak ni..okey ye..kolej MAHSA ni adalah pusat pengajian yang tertumpu kepada bidang berkaitan perubatan, kejururawatan dan semua yang berkaitan dengan sains kesihatan..so kalau korang nak jadi doktor, bolehlah daftar kat kolej ni..
Waahh banyak nye IPTA/IPTS kat malaysia ni..akak tak larat nak tulis lagi..so pilih je mana berkenan..yang penting belajar..OK

Tuesday, March 16, 2010

V3: SAMSENG JALANAN



Siapa dah tengok movie ni angkat tangan!!!
Pada hari sabtu yang indah ☼ bersamaan 13mac2010 atau dalam kalendar islam 27 Rabiulawwal saya dan buah hati cayang ♥ telah berdating-dating..wah manis sungguh perkataan ‘berdating-dating’ tu..kitorang pun pergila ke alor star.HELLO alor star ada wayang tau(tetap memuji alor star walaupun bukan anak kedah)..sesampai je kat alor star mall,kitorang pun berjalan dengan girangnya ☻menuju ke kaunter tiket wayang..cuba teka kitorang buat ape??dah pergi kaunter tiket,confirmla gi beli tiket wayang tu.haha..setelah berfikir hampir 15minit(memang kerap begini)kitorang pun beli la tiket wayang..


tengok movie V3:SAMSENG JALANAN
Tepat jam 3.30,kami pun berlumba-lumba untuk masuk ke pawagam(pawagam pulak dah)seolah-seolah bersemangat hendak pergi ke sekolah macam masa darjah satu dulu..jeng jeng..tiba-tiba movie pun start..start-start je kitorang dah tengok aksi kemalangan.wa cakap sama lu,real beb..takooot..kecut perut tengok.tapi yang menarik perhatian, kejadian berlaku kat istana anak bukit..pastu bermulalah aksi kejar mengejar antara polis dan kaum-kaum mat rempit dan minah rempit..yang syoknye belakon kat tempat parking bas HBR..glamor glamor..
Movie ni mengisahkan tentang sorang jejaka yang cukup sifat bersama kawan baiknya yang cukup sifat jugak, tapi terjerumus ke arah rempit..Nak jadikan citer, diorang dengan tak sengaja sampai ke KL..Kat KL tu la mulalah liku-liku hidup mereka..aku tak tahan bila kedai motor yang support diorang berlumba tu namanya SAM SENG..haha mari gelak..tak nak gelak takpe
kalau nak tau lagi dengan lebih lanjut dan detail tentang cite ni silalah ke pawagam berdekatan dan tontonlah ia..aku tak boleh citer sampai abis,nanti FARID KAMIL marah..HEHE..so apa tunggu lagi..ewaah2X..tak rugi tengok citer ni..banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan peringatan.AYAT SKEMA.aku tak boleh kalau start buat ayat skema..mulalah takda full stop..jadi mari kita letak full stop●

Thursday, March 11, 2010

anak ziana zain


wow..

comelnye anak ziana zain..

bestla dapat anak kembar..

sepasang pulak tu..

xsabar betul nak dapat anak..

hahaha..

anyway congrats to ziana zain..
ni foto ziana and baby baby yang comel itu..
cheeessss..

shh: rindunye kat buah hati tercinta..tak sabar nak jumpa sabtu ni

Sunday, March 7, 2010

AN ACCOUNTANT WRITES A LOVE LETTER

The Art of Romance


I will CREDIT you my love,
If you will DEBIT me your love.

I’ll record our romance in a JOURNAL,
And POST it to the LEDGER of my heart.

I’ll keep an ACCOUNT of our love,
Based on DOUBLE-ENTRY.

This way you’ll know the BALANCE c/d,
And the AMOUNT of love I have for you

Our courtship is carried out on WORKSHEET.
ADJUSTING ENTRIES are necessary, to make our love steady.

TRIAL BALANCE shows, we are meant for each other,
Because the TOTAL of our love, Is one and the same.

CLOSING ENTRIES are made, When down the aisle we take.
PROFIT & LOSS statement, tells what has happened.

Let’s see our BALANCE SHEET,
What are our ASSETS, LIABILITIES?


Oh my goodness! It shows a dozen kids!!!!! These are our EQUITIES.

Thursday, March 4, 2010

hatiku panas disebabkan si penjaga lab

panas betul hati ni..

nak tau nape??

ada ke patut budak si penjaga lab tu pijak kasut aku

buat alas kaki dia yang basah tu..uweeek

suka hati kau je..nak bergayut cari la port baik punyaaaa..

kau tau tak mahal kasut line 7 tu..hahaha saje bagi tau la tu

dah la buah hati aku yang belikan..hehe

pastu buat2 terkejut..

minta ampun..

kau melutut sekarang..

marah ni marah ni..

hehehe..

bila mata aku yang bulat ni pandang tau takut..

kepada yang di luar sana..

kalau nak bergayut and nak dapatkan feel..

pijak la kasut sebagai alas..

tapi jangan pijak kasut orang..

pijaklah kasut sendiri..

tips HOT dari ikafantasi..

nukilan di waktu petang

dingin sungguh petang yang damai ini..

damai ke??

mata ni mengantuk, tapi bantal tak nak dodoi..

tunggu buah hati yang sibuk bekerja..

demi masa depan..hehe.ayat soleh..

kaulah heroku,mmmmmmuah =)

terkenangkan family yang jauh di rantauan..

apa kabar orang kampung??

lama sudah tak berjumpa~lalala

mak,abh and adik kakak..

rindu pula kat kawan-kawan masa sekolah

to all my friend, tak kira kat u ke,kt sekolah ke..

taking care..rindu korang

Nabil Raja Lawak Kena Saman??!!

Betul ke Nabil kena saman??
yup..betul 2..
Nabil telah disaman gara-gara mengkritik filem lakonannya..
ish ish kerana mulut badan binasa..
saman 2 juta tu..
kepada semua masyarakat Malaysia
Marilah kita sama-sama kuatkan hubungan persaudaraan antara kaum,agama dan bangsa
demi merealisasikan 1 Malaysia yang aman damai..dan tiada lagi pergaduhan mahupun saman menyaman..chewah!!
betul tak upin&ipin..
'betul betul betul'
hehehehe..